Skip to main content

Posts

Kisah Iblis bertemu Rasulullah SAW

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. " Rasulullah SAW bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?" Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu." Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."   Umar bin Khattab r.a. berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"   Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik." Ibnu Abbas r.a. berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti r...

Book Review: Bajet Power

Book Review Tajuk: Bajet Power Penulis: Harith Faisal Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Cetakan Pertama: 2017 Harga: RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM 32.00 (Sabah/Sarawak) Rating: 4.75/5.0 Biar nampak miskin, tapi kaya berharta.  Daripada nampak kaya, tapi papa kedana. Berdasarkan "tagline" di atas anda mungkin sudah dapat mengagak tema buku ini. Buku ini menceritakan dan menerangkan tentang tips pengurusan kewangan dan juga sedikit sebanyak tentang pelaburan. Secara ringkasnya penulis buku, Harith Faisal (HF) sangat menekankan kepentingan mempunyai tabung simpanan untuk setiap individu serta kepentingan mempunyai kemahiran menguruskan kewangan yang baik. Beliau juga turut menyelitkan beberapa perkara yang perlu di lakukan serta yang tidak sepatutnya di lakukan untuk menguruskan kewangan dengan efisien. Buku ini untuk siapa? Sesuai untuk bacaan pelajar lepasan SPM sehingga orang yang sedang bekerja. Mengapa? Kerana adik-adik lepasan ...

4 Golongan Lelaki yang Ditarik ke Neraka

Tahukah anda bahawa di akhirat nanti, wanita akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Tahu tak siapa golongan tu? 1. Ayah Oh my god, saya akan tarik ayah saya masuk neraka? Serius lah? Kenapa pula? Apabila seorang lelaki yg bergelar ayah tidak mendidik anak-anak perempuannya tentang agama seperti mengajar solat, mengaji dan lain-lain dan dia juga membiarkan pula anak-anak perempuannya tidak menutup aurat tanpa menegur, menasihati dan berusaha untuk mencegahnya maka dia akan ditarik ke neraka oleh anak-anak perempuannya. 2. Suami Sekiranya seorang suami hanya membiarkan isterinya bergaul bebas, tidak menutup aurat, tidak solat, berhias secara berlebihan dan melanggar syariat agama dan tidak berusaha untuk menegur, menasihati dan mendidik isterinya maka anda akan turut ditarik ke neraka oleh isteri anda. 3. Saudara lelaki Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu saudara lelaki (abang dan adik lelaki). Sek...

Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.

Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya : Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup 'istimewa' sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar. Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu...

Coretan Hati Si Pelaku Dosa

Ya Allah Ya Rahman. Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku.. Aku kembali mengulangi kesilapan lalu Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat Walaupun aku sedar adanya malaikat pencatat Walaupun aku sedar dosa mengundang azab Entah apa sudah jadi dengan diriku ini Terasa Iman dijiwa semakin parah Semakin lemah dan semakin rosak Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang Semakin pudar seakan lenyap Aduh..teruknya diriku.. Ya Allah Berilah aku kekuatan dan petunjuk Agar mampu ku tewaskan rayuan nafsu dan syaitan Yang sangat hebat membinasakan diriku Sangat bijak menjauhkan diriku daripadaMu Sehingga aku lalai dalam urusan kehidupanku Sehingga aku lupa dan tidak peduli akan kehidupan selepas matiku Ya Allah Bagaimanalah kedudukanku disisiMu? Adakah ...