Tahukah anda
bahawa di akhirat nanti, wanita akan menarik empat golongan lelaki bersamanya
ke dalam neraka?
Tahu tak siapa
golongan tu?
1.
Ayah
Oh my god, saya
akan tarik ayah saya masuk neraka? Serius lah? Kenapa pula?
Apabila seorang
lelaki yg bergelar ayah tidak mendidik anak-anak perempuannya tentang agama
seperti mengajar solat, mengaji dan lain-lain dan dia juga membiarkan pula
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat tanpa menegur, menasihati dan
berusaha untuk mencegahnya maka dia akan ditarik ke neraka oleh anak-anak
perempuannya.
2.
Suami
Sekiranya
seorang suami hanya membiarkan isterinya bergaul bebas, tidak menutup aurat,
tidak solat, berhias secara berlebihan dan melanggar syariat agama dan tidak
berusaha untuk menegur, menasihati dan mendidik isterinya maka anda akan turut
ditarik ke neraka oleh isteri anda.
3.
Saudara lelaki
Apabila ayahnya
sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu saudara lelaki
(abang dan adik lelaki). Sekiranya abang dan adik lelaki membiarkan sahaja
adik-beradik perempuannya melakukan kemungkaran tanpa menegur mereka, maka
mereka juga akan turut di tarik ke neraka kelak.
4.
Anak Lelaki
Apabila seorang
anak tidak menasihati seorang ibunya tatkala dia membuat kemungkaran seperti
tidak menutup aurat sedangkan dia mengetahui bahawa apa yang dilakukan itu
salah, maka nantikan tarikan ke neraka oleh ibumu.
Firman Allah
SWT:
“Hai
orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang
kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai."
-Surah
At-Tahrim (66:6)
Maka wahai kaun
Hawa, kasihanilah ayah kita, anak lelaki kita, abang dan adik lelaki kita dan
suami kita. Kadang-kala mereka bukan tidak mahu menegur atau menasihati, cuma
tidak tahu cara yang sesuai untuk memulakan topik tersebut. Mungkin susah untuk
seorang anak lelaki untuk menegur tentang soal aurat kepada ibunya. Mungkin
ayah rasa jangkal untuk menegur anak perempuan tentang auratnya.
Mungkin ada
juga di kalangan kita yang mempunyai ayah,abang serta adik lelakinya dan suami yang turut melakukan kemungkaran
dan maksiat. Tentu-tentu mereka tidak akan menyuruh kita solat sekiranya mereka
juga tidak solat.
Berusahalah
saudari-saudari saya untuk berubah ke arah kebaikan. Janganlah kita hanya
menunggu dan mengharapkan bakal suami untuk mendidik, ayah, abang atau adik
lelaki untuk menegur.Berusahalah mendapat kan taufik dan hidayah. Berdoalah dan
berusahalah kerana Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya mereka
sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya.
Sanggupkah kita
terus tidak menutup aurat setelah kita tahu bahawa kita akan menarik ayah, adik lelaki
dan abang kita ke neraka kelak? Sanggupkah kita berbuat demikian kepada seorang
ayah yang telah banyak bekorban untuk anak-anaknya. Sanggupkah anda wahai
wanita?
Sekiranya anda telah berkahwin dan melahirkan anak. Sanggupkah anda menarik anak lelaki yang anda kandungkan selama 9 bulan dan dijaga sehingga besar dengan penuh kasih sayang ke neraka? Sanggupkah engkau wahai wanita.
Kita semua tahu
aurat wanita adalah seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka. Maka tutuplah auratmu
wahai wanita. Jangan berpakaian ketat yang menampakkan bentuk badan,
jarang lagilah jangan. Labuhkanlah tudung melepasi dada dan janganlah memakai
tudung seperti bonggol unta di belakang(sanggul tinggi ke langit).
Ingatlah wahai
kaum wanita, sesungguhnya Rasulullah SAW sudah memberitahu bahawa ahli neraka
kebanyakannya terdiri dalam kalangan wanita. Adakah kita ingin menjadi di
antara mereka? Naudzubillah. Marilah kita berusaha untuk menjauhkan diri
dari azab neraka yang panasnya bernyala-nya.
Saya mohon maaf
sekiranya ada yang terasa, tersinggung dan sebagainya. Demi Allah, saya sangat
menyayangi saudari-saudari sekalian. Jom usaha untuk dapat syurga tertinggi!
Comments
Post a Comment