Skip to main content

Book Review: Bajet Power


Book Review

Tajuk: Bajet Power
Penulis: Harith Faisal
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd.
Cetakan Pertama: 2017
Harga: RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM 32.00 (Sabah/Sarawak)
Rating: 4.75/5.0




Biar nampak miskin, tapi kaya berharta. 
Daripada nampak kaya, tapi papa kedana.

Berdasarkan "tagline" di atas anda mungkin sudah dapat mengagak tema buku ini. Buku ini menceritakan dan menerangkan tentang tips pengurusan kewangan dan juga sedikit sebanyak tentang pelaburan.
Secara ringkasnya penulis buku, Harith Faisal (HF) sangat menekankan kepentingan mempunyai tabung simpanan untuk setiap individu serta kepentingan mempunyai kemahiran menguruskan kewangan yang baik. Beliau juga turut menyelitkan beberapa perkara yang perlu di lakukan serta yang tidak sepatutnya di lakukan untuk menguruskan kewangan dengan efisien.

Buku ini untuk siapa?
Sesuai untuk bacaan pelajar lepasan SPM sehingga orang yang sedang bekerja. Mengapa? Kerana adik-adik lepasan SPM memerlukan kesedaran awal tentang pengurusan kewangan yang lebih menyeluruh. Sekiranya selama ini kebanyakan daripada perbelanjaan harian kita di tanggung oleh Encik Abah dan Puan Ibu, maka apabila sudah ingin melangkah ke alam universiti, sudah bermula cabaran baru, antaranya adalah menguruskan kewangan.
Pelajar universiti juga perlu membaca buku ini supaya dapat membangkitkan kesedaran serta azam untuk menabung dan berusaha untuk menjana pendapatan tambahan. Majoriti daripada pelajar yang menyambung pengajian ke IPTA pada masa kini menerima biasiswa atau PTPTN, maka buku ini sangat sesuai di baca supaya para pelajar dapat menggunakan duit tajaan tersebut dengan sebaik-baiknya untuk masa hadapan. Kadang-kala ada juga di kalangan pelajar yang ingin menyimpa serta melaburkan wang mereka, cuma kurang pengetahuan tentang medium yang ada untuk melaksanakannya. Al maklumlah, sekarangkan banyak sangat kes penipuan pelaburan emas, skim cepat kaya dan sebagainya. Maka, buku ini menerangkan cara-cara yang realistik untuk menyimpan serta melaburkan duit anda.
Buku ini juga sesuai untuk di baca oleh hakak-hakak atau abam-abam yang baru melangkah ke alam pekerjaan atau pun yang sudah lama bekerja. Sangat banyak tips kewangan yang di coretkan oleh HF di dalam buku ini yang insyaAllah akan memberikan manfaat sekiranya di baca serta di aplikasikan. Jangan risau, sekiranya tidak bermula dari zaman universiti kerana anda masih boleh memperbaiki cara menguruskan kewangan anda.

Kesimpulannya, adakah buku ini berada dalam list buku yang perlu di baca?
Ya buat diri saya. Mengapa? Kerana saya berjaya memperoleh beribu-ribu lemon (haks, acah je) ilmu yang realistik tentang pelbagai perkara yang melibatkan kewangan dan hidup serta medium yang sesuai untuk melabur dan menyimpan wang.  

Kalau buku ini bagus, tip top meletop, kenapa tak 'rate' 5 bintang?
Ha... itu.. Hmm.. Itu...
Terdapat satu bab di dalam buku ini yang berjudul ASB Financing  yang menjelaskan tentang asas ASB untuk beginner. Bab tersebut sangat membuka mata (ah, dunia baru) untuk saya.

Dah tu, apa yang tak puas hati?
Err, bukan tak puas hati, cuma saya rasa penjelasan tentang Tabung Haji tak sebanyak ASB. Maka saya kurang jelas tentang peranan TH berbanding ASB. Oleh itu, (kan dah skema) saya mengharapkan penjelasan yang lebih lanjut supaya saya sebagai pembaca boleh berfikir secara masak-masak tentang pros and cons sebelum mula menyimpan/melabur. Maka, saya tak bagi 5 bintang bukan sebab tak puas hati ke apa, cuma saya rasa ada penambahbaikan yang boleh dilakukan.(Menyorok belakang pintu)

Adakah saya akan membaca buku tulisan HF pada masa akan datang?
Absolutely. Opkos. Mesti. Kenapa? Ilmu kewangan sangat penting, jangan hanya pentingkan ilmu fesyen, kecantikan, mencari jodoh dan Kpop je.Opps.. Jangan marah.

P/s: Semua buku yang saya review adalah dengan kerelaan untuk berkongsi ilmu serta minat. Saya tidak di bayar untuk promote buku mana-mana penulis. Sekian, terima kasih.

Harap maaf atas sebarang salah silap.
Enjoy your reading,





Comments