Pada suatu pagi, saya dan mak singgah di sebuah warung roti canai untuk sarapan. Saya lihat ramai pak cik- pak cik yang berpakaian elok-elok, berjubah putih, berkain pelekat, berserban, berkopiah dan sebagainya sedang bersarapan di beberapa buah meja. Kebetulan, warung tersebut terletak agak berhampiran masjid. Terdetik dalam hati saya, mungkin mereka merupakan jemaah masjid. Setelah beberapa ketika menunggu, pesanan saya dan mak pun sampai. Kami pun mula makan dengan berselera. Hampir 5 ke 10 minit setelah itu, datang seorang pak cik yang lusuh pakaiannya. Kasihan saya melihat pak cik tersebut. Berjalan terencut-encut, dengan keadaan yang agak uzur, rambut dan janggutnya pun sudah banyak yang beruban. Namun, saya lihat dia tersenyum kepaada semua yang melihatnya. Pak cik tersebut pun duduk di meja berhampiran tempat makan saya. Lama saya memerhatikannya. Agak aneh kerana dia langsung tidak memanggil pelayan di kedai tersebut untuk memesan makanannya dan apa yang lebih membuatkan s...
Jadi macam pokok, orang baling batu, tapi eh dapat buah pulak :)