Terdapat satu zikir yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW buat umatnya yang mepunyai banyak kelebihan, antaranya ialah:
1) Dtuliskan baginya kebaikan
2) Dihapuskan baginya dosa
3) Diangkatkan baginya kedudukan (darjat)
4) Diberi pahala umpama membebaskan seorang hamba
5) Terjaga dari segala perkara yang dibenci syaitan pada hari dibaca zikir tersebut
6) Terhindar dari dosa yang membawa kebinasaan pada hari tersebut
Berdasarkan hadis, zikir ini merupakan tahlil yang dibaca setiap selepas Subuh dan Maghrib.
Daripada Abu Zar (al-Ghiifari) r.a. berkata: "Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca 10 kali selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih dalam tahiyyat akhir, sebelum berkata-kata
Image credit to: Nasir Yusoff
10 kali, ditulis baginya sekali bacaan tu 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 darjat (kedudukan), dan dia diberi pahala seperti membebaskan seorang hamba untuk setiap sekali bacaan itu dan dia pada hari itu terjaga daripada semua perkara yang dibenci daripada syaitan dan tidak ada suatu pun dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan Allah)."
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Maka panduan untuk beramal dengan zikir ini adalah, selepas dariapada salam solat Subuh dan Maghrib, kekalkan cara duduk tahiyyat akhir dan sebelum berkata-kata (bercakap), bacalah tahlil tersebut 10 kali.
Rujukan: Buku 40 hadis Amalan Sedikit Pahala Berganda tulisan Ustaz Muhadir Haji Joll
Comments
Post a Comment