Adakalanya rasa sedih, marah, stress, nak baling
barang, nak baling orang, nak gelak sungguh-sungguh dan banyak lagi. Semua org
mungkin pernah merasainya. Allah ciptakan manusia kaya dengan emosi. Maka, kita
mestilah pandai nak mengurus emosi tersebut.
Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Oleh itu, maka (tetapkanlah
kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(Surah As-Syarh,
ayat 5-6)
Surah ini diturunkan sewaktu Rasulullah SAW berada
dalam kerisauan dan kesedihan. Setelah turunnya surah ini, maka hilanglah
dukacita kekasih Allah itu.
Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang sekiranya kita
baca, fahamkan dan hayati maknanya InsyaAllah akan hilang perasaan risau, sedih
dan sebagainya. Ingatlah, walau berat mana pun ujian yang Allah berikan kepada
kita, bersabarlah, berdoa dan bertawakallah serta redha lah dengan ujian
tersebut kerana Allah takkan memberikan cubaan yang tidak mampu di lalui oleh
hambaNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih terhadap hamba-hambaNya. Setiap
ujian yang diberikan sekiranya kita mampu bersabar serta redha dengannya
nescaya insyaAllah akan di ampunkan dosa-dosa kita serta di tinggikan darjat
kita. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Allah telah berfirman:
" Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan)
yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah
Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau
bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau
pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami,
ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah
kami terhadap kaum yang kafir."
(Surah Al-Baqarah
ayat 286)
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan
masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnys
orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan
kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga
berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah
datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu
amat dekat."
(Surah Al-Baqarah ayat 214)
Haa, ambek kau. Astaghfirullah.
Rasulullah SAW telah bersabda bahawa:
"Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan
atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri(tertusuk
duri) melainkan semua itu berupa penebus dosanya."
(HR Bukhari dan Muslim)
(HR Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda: "Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan
akan sentiasa diuji oleh Allah SWT sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya
sehinggalah dia menghadap Allah SWT tanpa dia membawa dosa sedikit pun."
(HR Tirmidzi)
(HR Tirmidzi)
Akhir sekali, saya ingin berkongsi suatu doa yg
diajarkan oleh kekasih kita, Nabi Muhammad SAW untuk kita baca setiap hari
terutamanya ketika kita sedang melalui ujian dan kesusahan.
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada
perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil, aku berlindung
kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”
(HR Abu Daud)
Bersabarlah, perbanyakkan doa dan tawakal kepada
Allah. Moga Allah redha, moga Allah berikan kita syurga yang tertinggi. Amin Ya
Rabb.
Comments
Post a Comment