Jangan baca kalau kau
jenis yang suka dengar nasihat lembut je, tak boleh nak sentap, tak nak mengaku
berdosa dan sebagainya. Ni dah bagi amaran okay.
Apa tujuan kau hidup?
Belajar rajin-rajin,
graduate and dapat kerja. Then? Kahwin, dapat anak, then hidup besarkan anak,
bersara, dapat cucu. Tua lepas tu reput dalam tanah? Kau hidup untuk apa? Kau
rasa kau hidup untuk dunia ni je ke? Kau rasa mati tu jauh? Kau rasa macam
confirm masuk syurga?
Rasa macam berat nak
solat, puasa, sedekah and nak buat benda-benda baik? Kau rasa macam ada masa
lagi nak taubat. Tak pe, banyak lagi masa. Allah kan Maha Pengampun? Serius kau
rasa banyak lagi masa? Kalau malam ni kau tidur, lepas tu mati macam mana?
Macam mana dengan semua solat yang ditinggalkan waktu zaman jahiliah dulu,
puasa yang tak ganti lagi, sedekah yang entah seberapa? Apa yang kau nak bawa
hadap Allah? Kau rasa kau boleh ke jawab soalan Munkar dan Nankir dalam kubur
nanti? Kau rasa nanti kubur kau tu akan jadi taman-taman syurga ke jurang-jurang
neraka?
Kau rasa kau banyak
lagi masa, tapi siapa dapat jamin kau akan hidup lagi esok? Kau rasa nanti bila
amalan kau kena hisab nanti, berat pahala ke dosa? Kau rasa buku catatan amal
kau nanti dapat tangan kanan ke kiri? Kau rasa kau ahli syurga ke neraka?
Sekarang kau malas
nak buat baik. Solat sunat malas, puasa sunat malas, sedekah tak nak, zikir dan
selawat ke laut. Nanti kau dah mati nanti, siapa dapat tolong? Nanti menyesal
pun takde guna. Jangan jadi BODOH. Kalau orang bagi free RM 1000
dengan RM 1000 000, kau mesti ambil yang lagi banyak. Kau hidup paling lama pun
mungkin 100 tahun. Itu pun tak kira la kalau kau end up jadi nyanyuk ke gila ke
apa. Kau serius nak berseronok kat dunia and korban kan nikmat yang Allah dah
janjikan? Serius? Kau nak lepas kan syurga yang Allah janjikan untuk selamanya
buat orang-orang yang beriman dan bertakwa? Kau
GILA ke BODOH?
Selama-lamanya tu berapa lama? 100 tahun? 1000 tahun? Tak! SELAMANYA. Perkataan
yang banyak guna dalam novel dan drama.
Happily ever after! Kau tak nak syurga yang mengalir sungai-sungai dari
susu, madu dan sebagainya? Syurga yang kau boleh minta apa je yang kau nak?
Syurga yang bila kau sebagai manusia masuk, Allah jadikan kau lebih cantik dari
bidadari? Kau tak nak ke?
Ke kau fikir nak
seronok kat dunia, lepas tu kalau masuk neraka pun in the end masuk syurga
jugak kalau Islam? Serius? 1 hari kat sana bersamaan 1000 tahun. Kau sanggup
kena seksa selama tu? Makan buah zaqqum yang berduri, air ibarat tembaga yang
mendidih? Tu belum lagi azab lain. Kau sanggup nak kena seksa ? Kau try bakar
tangan, tahan ke tak? Kalau itu pun tak tahan, memang tak lah. Api neraka 70
kali ganda lagi panas dari api dunia. Api dunia merah, api neraka hitam. Gila
lah kau kalau ada sekejap pun kau terfikir takpe masuk neraka kejap. Neraka tu
seburuk-buruk tempat kembali. Siapa yang masuk neraka, celakalah dia. Kan dalam
Al-Quran dah bagitahu?
Kau hidup untuk apa?
“Nak jadi biasa-biasa
je, tak nak baik sangat?” Dengan biasa-biasa tu je berapa banyak dosa kau buat?
Dengan biasa-biasa tu kau rasa kau boleh masuk syurga? Tak yah fikir syurga
dulu la. Kau rasa kau boleh dapat khusnul khatimah? Kau tahu tak Nabi Ibrahim
a.s. pengsan bila tengok penampilan dan muka Malaikat Izrail bila dia cabut roh
orang-orang yang kafir. Itu kekasih Allah tu, confirm syurga. Tapi sampai
pengsan. Kau tahu tak Rasulullah SAW sendiri kata mati tu menyakitkan saat
baginda nak wafat. Kau rasa kau macam mana? Itu baru cerita bila roh nak di
cabut, macam mana bila masuk kubur pulak? Kau tahu tak betapa menakutkannya
azab kubur? Kau ada ke usaha nak tahu pasal kematian? Ke ber’huha’ je hidup kat
dunia ni? Lepas tu bila dah mati baru sedar, baru meyesal yang kau sebenarnya
tak bawa apa-apa bekal pun untuk kehidupan akhirat kau. Itu belum cerita pasal
kat Mahsyar nanti, Titian Sirat lagi. Kot la kau lepas nak lalu Titian Sirat
tu. Bayangkan lah, Titian Sirat tu nipisnya ibarat rambut dibelah 7. Kau rasa
kau boleh lalu untuk masuk syurga atau kau bakal jatuh dan jadi bahan bakar di
neraka?
Apa tujuan kau hidup?
Berapa banyak kali
kau menangis minta Allah ampunkan? Apa usaha kau? Berapa banyak amalan kau
kalau nak dibandingkan dengan dosa kau? Nanti bila Allah tanya, apa yang kau
buat dengan masa muda kau, kau nak jawab apa? Sibuk tengok tv, kartun, drama,
movie sampai tak de masa nak belajar agama? Tak de usaha nak hafal Al-Quran.
Tak de masa nak dengar ceramah. Sibuk jaga kecantikan muka dengan badan
kononnya. Habis duit dengan produk kecantikan. Berapa banyak yang dah kau
sedekah dank au infaqkan untuk saudara-saudara kau yang tengah berperang,
kelaparan, kesakitan? Kau tengok kat FB, lepas tu rasa kesian, tapi kau tolong
ke? Dah tu, apa function hidup? Berapa banyak masa yang kau bazirkan dengar
lagu lagha instead of dengar Al-Quran. Berapa banyak lagu yang kau hafal, tapi
Al-Quran bila last kau baca? Lepas tu baca macam baca buku teks sekolah? Sekali
lalu je, lepas tu tak ingat apa.
Macam ni nak masuk
syurga? Macam ni nak bersama Rasulullah SAW kat syurga? Macam ni nak Allah
redha? Kau buat lawak apa? Stop lying to yourself! Allah tak perlu kan kau,
TAPI kau perlukan Allah.
Bertaubatlah
wei sebelum kau tidur malam ni. Kalau kau mati, rugilah kau, menyesallah kau. Kau nak Allah hidupkan
kau balik supaya kau boleh buat baik, TAPI dah terlambat sebab kau dah MATI.
Hidup la kau kat alam barzakh, kena seksa sampai la hari kebangkitan. Kau rasa
susah jadi baik ke jahat? Nampak macam seronok jadi orang yang kafir, yang
Islam tapi hanya pada nama. Nampak macam bahagia boleh buat macam-macam. Tapi kat
dalam kubur sekarang entah berapa ramai yang tengah kena seksa pagi petang
siang malam. Kau nak masuk dalam golongan tu ke? Susah kejap kat dunia lepas tu
Allah bagi syurga yang selamanya. Kau tak nak? Serius kau nak jugak jadi jahat?
Tak nak bertaubat? Tak nak jadi solehah? Tak nak tinggalkan perkara yang haram,
syubhah dan lagha? BODOH la kau. Rugilah kau. Celakalah kau.
Bertaubatlah. Tak
terlambat. Tanya diri kau, kenapa kau hidup? Ke mana kau nak pergi nanti?
Syurga ke neraka? Allah bagi kau pilih. Allah tak zalim. Kau yang menzalimi
diri sendiri. Bertaubatlah. Bertaubatlah. Menangislah minta Allah ampunkan
dosa-dosa kau yang setinggi langit, sebanyak butiran pasir di pantai.
Menangislah kat dunia, penatlah kat dunia supaya kau tak menangis dan penatbila
dah mati nanti. Jangan jadi orang bodoh. Jangan jadi BODOH. Choose well, do
well.
Jangan pilih nikmat hidup dunia over nikmat dunia akhirat. Takde
function masuk universiti, kerja elok-elok, gaji banyak kalau in the end kau
masuk neraka. Serius apa la function semua tu?
Hidup dengan redha
Allah, mati dengan redha Allah bila kau nampak tempat kau kat syurga nanti. Taubatlah.
Jangan jadi bodoh, jangan sombong. Dunia ni sangat sekejap kalau nak
bandingkan dengan akhirat.
Taubatlah.
Maaf kalau ada yang sentap,
terasa hati ke apa. Ini peringatan buat diri saya sendiri. Saya kongsikan
supaya kita berfikir dan memilih jalan hidup kita. Let’s not regret in the hereafter shall we? Moga Allah redha.
Nah, salah satu video yang saya sangat suka. Kredit kepada pemiliknya, bukan saya.
-Laila Hanna
-Laila Hanna
Comments
Post a Comment