Skip to main content

Allah kat mana?

Ketika solat kita sering gagal mencapai kesedaran berbicara kepada Allah kerana persepsi kita adalah Allah jauh di Arasy. Persepsi ini sukar untuk dibuang kerana ia telah lama tertanam di dalam minda kita sejak kita anak-anak lagi.
Persepsi dan apa yang ada di fikiran kita yang sering membelenggu diri kita di dalam mengarahkan kesedaran kita kepada Allah.
Persoalan "Di mana Allah" adalah persoalan pokok yang penting di dalam mengarah kesedaran ketika solat.
Ketika bersembang dengan Pak Ustaz Abu Sangkan di lapangan terbang sebelum keberangkatan pulang Ustaz ke Jakarta, Pak Ustaz mengatakan tentang laut .
''Kalau sesuatu terjatuh di dalam laut, atasnya apa? Laut bukan? Bawahnya apa? Laut juga.Kirinya? juga laut, bagaimana kanannya? Oh,laut juga.Lautnya ada berapa?'' tanya Ustaz .
''Satu!'' Begitulah juga dengan Allah, di mana pun kita mengadap di situlah wajah Allah.
"Allah Maha Besar? Sebesar apa? Besar sangat jawab anak-anak di dalam kursus yang kami anjurkan. Adakah sebesar bumi ini?" tanya saya.
Jawab mereka besar lagi.
"Adakah Allah ada disyurga?"  Saya cuba memerangkap mereka. Ada yang menganggukkan kepala. 

Dan saya katakan,
 

"Wah,kalau begitu syurga lagi besar dari Allah?".
"Tak",jawab mereka dengan kuat dan tegas.
Mereka dapat mengerti seketika itu bahawa tidak ada yang lebih besar dari Allah dan saya katakan, Ya tidak ada yang lebih besar dari Allah dan Rasulullah saw ajarkan Allah Maha Besar atau Allahu Akbar.
Justeru, kita harus mempunyai kesedaran ini ketika kita mengangkat takbiratul ihram yakni "Allahu Akbar"(Allah Maha Besar ) dan meliputi semuanya termasuk diri kita. Justeru ALLAH SANGAT DEKAT dengan kita! Kesedaran ini penting dalam solat.
Kesedaran Allah Maha Melihat.Ya,pastinya kita semua tahu Allah Maha Melihat. Tapi adakah kita sedar Allah Maha Melihat ketika kita solat?
Ustaz mengingatkan kita bahawa ketika kita solat,pastinya kita tidak dapat melihat Allah tetapi Allah melihat segala gerak geri kita, segala detikan hati kita.Bila hati kita bersambung dengan Allah ketika solat, pastinya seperti orang yang bertemu,ada rasa di hati.
Apabila kita mengadap-Nya dengan penuh kesedaran sedang berhadapan dengan-Nya dan sedang berbicara penuh hormat dengan-Nya,pastinya seperti orang bertemu dan berbicara ada respon dari yang sedang menjadi rakan perbicaraan.
Begitu juga pertemuan dan perbicaraan dengan Allah; Allah merespon.Allah menyambut kita.Ada rasa di hati.Ada getaran di dalam jiwa dan kemudian di aliri rasa ketenangan yang sangat hebat, tidak terbanding apa pun di dunia ini. Saya menamakannya syurga di dunia.

Tiga kesedaran yang saya sebutkan di atas:
(1) Di mana Allah, Allah Maha Dekat dan Maha Meliputi semuanya.
(2) Allah Maha Melihat.
(3) Menyedari kesedaran bahawa kita sedang menghadap Allah ketika solat merupakan beberapa kunci penting di dalam mencapai solat yang khusyuk.
Hati dan jiwa perlu sentiasa terarah kepada Allah. Saat hati dan jiwa terpaling dari Allah, saat itu juga rasa hubungan dan getaran tadi hilang entah ke mana dan kita terpinga-pinga mencari kembali kesedaran itu semula.
Semoga sedikit sebanyak dapat membantu kita mencapai solat yang khusyuk dan dapat merasakan kesedaran di mana Allah tidak kira di mana kita berada.

Comments

Popular posts from this blog

Sabar, doa, tawakal dan redha saat diduga

Adakalanya rasa sedih, marah, stress, nak baling barang, nak baling orang, nak gelak sungguh-sungguh dan banyak lagi. Semua org mungkin pernah merasainya. Allah ciptakan manusia kaya dengan emosi. Maka, kita mestilah pandai nak mengurus emosi tersebut. Allah telah berfirman yang bermaksud: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah As-Syarh, ayat 5-6) Surah ini diturunkan sewaktu Rasulullah SAW berada dalam kerisauan dan kesedihan. Setelah turunnya surah ini, maka hilanglah dukacita kekasih Allah itu. Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang sekiranya kita baca, fahamkan dan hayati maknanya InsyaAllah akan hilang perasaan risau, sedih dan sebagainya. Ingatlah, walau berat mana pun ujian yang Allah berikan kepada kita, bersabarlah, berdoa dan bertawakallah serta redha lah dengan ujian tersebut kerana Allah t...

Kisah Iblis bertemu Rasulullah SAW

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. " Rasulullah SAW bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?" Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu." Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."   Umar bin Khattab r.a. berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"   Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik." Ibnu Abbas r.a. berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti r...

Book Review: Bajet Power

Book Review Tajuk: Bajet Power Penulis: Harith Faisal Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Cetakan Pertama: 2017 Harga: RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM 32.00 (Sabah/Sarawak) Rating: 4.75/5.0 Biar nampak miskin, tapi kaya berharta.  Daripada nampak kaya, tapi papa kedana. Berdasarkan "tagline" di atas anda mungkin sudah dapat mengagak tema buku ini. Buku ini menceritakan dan menerangkan tentang tips pengurusan kewangan dan juga sedikit sebanyak tentang pelaburan. Secara ringkasnya penulis buku, Harith Faisal (HF) sangat menekankan kepentingan mempunyai tabung simpanan untuk setiap individu serta kepentingan mempunyai kemahiran menguruskan kewangan yang baik. Beliau juga turut menyelitkan beberapa perkara yang perlu di lakukan serta yang tidak sepatutnya di lakukan untuk menguruskan kewangan dengan efisien. Buku ini untuk siapa? Sesuai untuk bacaan pelajar lepasan SPM sehingga orang yang sedang bekerja. Mengapa? Kerana adik-adik lepasan ...