Darjat kita lebih rendah dari seekor haiwan sekiranya kita tak taat dengan Allah. It's as easy as ABC.
Apa contoh tak taat dengan Allah?
Apa contoh tak taat dengan Allah?
1. Kafir
2. Tak solat, sengaja lewatkan solat, lalai dalam kerjakan solat
3.Tak tutup aurat
2. Tak solat, sengaja lewatkan solat, lalai dalam kerjakan solat
3.Tak tutup aurat
Sekiranya anda dan saya sendiri ada buat mana-mana perkara di atas misalnya, maka darjat kita di sisi Allah lebih rendah daripada haiwan. Percaya tak?
"Eh, pahal pulak aku lagi hina dari haiwan, kau mungkin lah."
Sebelum ada yg emo macam ni, biar saya terangkan dulu okay.
Siapa tahu surah At-Tin sila ucap Alhamdulillah. Okay, done. Oh, kalau nak pergi ambil Al-Quran yang ada terjemahan pun lagi bagus, tapi buat yg mungkin tak ada Al-Quran sekarang, nah terjemahan surah At-Tin. Sebelum baca, doa Allah buka hati kita dan berikan kita kefahaman dalam ilmu agama. Amin.
1. Demi buah tin dan buah zaitun
2. Dan demi Bukit Tursina
3. Dan demi negeri (Mekah) yang aman
4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik rupa bentuk
5. Kemudian Kami kembalikannya ke tingkat yang sebawah-bawahnya.
6. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka untuk mereka disediakan pahala yang tidak putus-putus.
7. Oleh itu, apakah yang menyebabkan engkau mendustakan agama?
8. Bukankah Allah itu hakim yang paling adil?
2. Dan demi Bukit Tursina
3. Dan demi negeri (Mekah) yang aman
4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik rupa bentuk
5. Kemudian Kami kembalikannya ke tingkat yang sebawah-bawahnya.
6. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka untuk mereka disediakan pahala yang tidak putus-putus.
7. Oleh itu, apakah yang menyebabkan engkau mendustakan agama?
8. Bukankah Allah itu hakim yang paling adil?
Alhamdulillah, okay itu terjemahan surah At-Tin.
"Mana ada cakap pasal haiwan. Tipu tu ciri2 orang munafik. Buktikan!" Aha, pulak dah.
Okay, siapa yang tahu pasal tafsir fi zilal? Okay, kalau tak tahu boleh la research dan buat pembacaan sikit ttg apa itu tafsir fi zilal. Jangan risau, InsyaAllah saya tak buat tafsiran sendiri, ini tafsir yg dibuat oleh ulama.
Okay so, jom kita fahamkan apa yg sebenarnya maksud surah ni.
Point utama yang di tekan kan dalam surah ni adalah setiap manusia tu Allah ciptakan dengan fitrah yang lurus dan sekiranya kita mengikut fitrah ni, kita boleh capai darjat yang tinggi, tapi kalau kita menyeleweng dari fitrah ni, kita akan jatuh ke darjat yang serendah-rendahnya.
Dalam ayat 4, Allah dah bagitau yg manusia ni ada kedudukan yang istimewa di sisiNya. Sungguhpun manusia ni selalu buat dosa, lemah, lalai, tapi Allah sayang kita. Allahu.
"Macam mana kita nak tahu Allah cipta manusia ni sebagai sebaik-baik kejadian?"
Melalui surah ni dan ada banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang lain yang Allah bagitahu kita tentang istimewanya manusia tu.
Tapi kalau kau jenis yang nak jugak bukti yg boleh nampak guna akal, guna sains. Semua orang belajar kan sains kat sekolah. Walaupun tak ambil bio waktu form 4, kalau betul-betul fokus waktu cikgu ajar kat depan, kau akan rasa, MasyaAllah, hebatnya Allah cipta manusia ni. Kompleks yg amat.
Tapi kalau kau jenis yang nak jugak bukti yg boleh nampak guna akal, guna sains. Semua orang belajar kan sains kat sekolah. Walaupun tak ambil bio waktu form 4, kalau betul-betul fokus waktu cikgu ajar kat depan, kau akan rasa, MasyaAllah, hebatnya Allah cipta manusia ni. Kompleks yg amat.
Tolong jangan suruh saya cerita apa yg kompleks tu ye. Nanti macam buat esei 10 m/s pulak jadinya. Nanti boleh buat pembacaan sendiri dan mungkin InsyaAllah sekiranya ada peluang dan ilham dari Allah saya akan sentuh topik hebatnya Allah cipta manusia pulak.
Okay, berbalik kepada tafsir surah At-Tin. Tadi kita dah cerita ttg ayat nombor 4. Sekarang kita pergi ayat nombor 5 pulak.
"Kemudian Kami kembalikannya ke tingkat yang sebawah-bawahnya."
Apa yang dimaksudkan dengan ayat ni?
Dalam tafsir fi zilal kata, ayat ni cerita ttg kejatuhan ciri rohaniah menandakan kejatuhan ciri insaniah manusia. Faham ke?
Dalam tafsir fi zilal kata, ayat ni cerita ttg kejatuhan ciri rohaniah menandakan kejatuhan ciri insaniah manusia. Faham ke?
Maksudnya, kalau kita menyeleweng dari fitrah yg lurus yg Allah dah suruh ikut (Islam), ciri-ciri rohani kita akan jatuh ke darjat yg sebawah-bawahnya. Kenapa ciri rohani? Sebab kalau kau tak solat, ada tak tiba-tiba hilang kaki sebelah? Kalau tak pakai tudung, tiba-tiba botak bila bangun pagi. Ada ke yg jadi macam tu?
So basically, manusia ni ada dua potensi. Either kau naik ke darjat yang setinggi-tingginya atau serendah-rendahnya, itu pilihan masing-masing. Penekanan di sini, pilihan masing-masing. Kau pilih sendiri nak dapat darjat lebih tinggi dari malaikat atau lebih rendah dari haiwan?
Walaupun nampak lembu dia kerja dia makan je, muka pulak macam, err lembu, tapi dia hidup dengan fitrah dia yang betul. Nampak je dia dok mengunyah tapi kita tak tahu yg kot setiap kunyahan tu beserta tasbih untuk Allah, sebab semua makhluk kat dunia ni sentiasa bertasbih kepada Allah. Cumanya kita je tak dengar atau faham. Bunyi mooo lembu mungkin maksudnya Allahhu akbar, mooo sekali lagi pulak Subhanallah. Kita tak tahu dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Okay, let's move on to ayat 6.
Tafsir ayat ni adalah, sekiranya manusia berusaha utk kekal di atas fitrah yg lurus, melengkapkannya dgn amal soleh, Allah akan naikkan darjat ke peringkat yg tinggi dan dapat kebahagiaan di akhirat. Allahhu rabbi. Siapa kat sini tak nak syurga cuba test bakar sikit jari. Kalau rasa tahan panasnya apa dunia ni, tak yah taubat, boleh sambung buat dosa. Api neraka Rasulullah SAW bagitahu panasnya 70 kali ganda dari api dunia. Allah.. Semoga Allah selamatkan kita dari api neraka.
So, kita pergi ke tafsir ayat 7 dan 8.
Ayat-ayat ni menekankan bahawa Allah tu adalah sebaik-baik hakim. Kenapa? Sebab dah jelas Allah bagi pilihan, kita yang pilih antara 2.
Ikut fitrah yg lurus(Islam)---> Allah tinggikan darjat di dunia akhirat---> masuk syurga(wah, bahagianya)
Keluar, menyeleweng dari fitrah---> darjat kau bawah haiwan-- -> azab neraka menanti(naudzubillah)
Ha..sekarang dah tahu pikih sendiri. Allah tu Maha Adil, apa yang kau pilih kau dapat. Kau nak syurga ikut apa yg Allah suruh melalui Rasulullah SAW. Kalau rasa hebat, boleh terus buat dosa sampai mati. Manusia yg kata :
"Eh, jangan sibuk hal aku. Jaga tepi kain sendiri. Kubur kan masing-masing."
Kalau rasa macam nak mati nanti, jangan lupa mandi jenazah, solat jenazah,usung jenazah, oh lupa pulak, gali kubur dulu ye dan tanam diri sendiri. Talqin jangan lupa hafal lah. Kalau rasa boleh buat sendiri, silakan buat dosa banyak-banyak, jangan taubat, dan jangan mati.
Akhir coretan kali ini, saya mohon maaf sekiranya ada yg berkecil hati. Apabila saya menulis, itulah cara saya membebel dengan diri sendiri. Saya nak masuk syurga dan nak anda semua jadi jiran di syurga nanti. InsyaAllah, amin. Oh ye, kalau ada yg nak baca tafsir penuh surah At-Tin boleh google je, InsyaAllah akn jumpa. Lagi bagus kalau baca sbb penulisan kali ni saya cuba untuk terangkan seringkas yg mungkin supaya anda faham, dqn saya juga bahagia berlari keliling padang.
Saya undur diri dengan satu quote yg saya sangat suka kerana sentiasa buat saya sedar yang dunia ni hanya persinggahan untuk mengumpul bekalan untuk perjalanan yg sangat panjang. Semoga Allah redha.
"You might be a king or the richest person in the world but to the Angel of Death, you're just another name on the list."
Nah, saya belanja satu gambar
Inilah lembu, kalau ada yg tak kenal.
-SufiHana
Alahai, hensemnya lembu cik Laila. ^_^ Thanks untuk ilmu ni btw
ReplyDelete