Skip to main content

Boleh ke minum air berdiri?


Bolehkah minum air sambil berdiri?
Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Rasulullah SAW menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di larang minum air berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang.”

Adapun minum air berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut.Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.”

Selain itu, ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di gunakan oleh badan. Apabila kita minum air sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

Terapi Air Putih : Jangan Lupa Banyakkan Minum Air Masak.

1     Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.
2    Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan   ginjal.
3    Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.
4    Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali  orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh  dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran  dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.
(Surah Al-’Asr.)

Comments

Popular posts from this blog

Sabar, doa, tawakal dan redha saat diduga

Adakalanya rasa sedih, marah, stress, nak baling barang, nak baling orang, nak gelak sungguh-sungguh dan banyak lagi. Semua org mungkin pernah merasainya. Allah ciptakan manusia kaya dengan emosi. Maka, kita mestilah pandai nak mengurus emosi tersebut. Allah telah berfirman yang bermaksud: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah As-Syarh, ayat 5-6) Surah ini diturunkan sewaktu Rasulullah SAW berada dalam kerisauan dan kesedihan. Setelah turunnya surah ini, maka hilanglah dukacita kekasih Allah itu. Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang sekiranya kita baca, fahamkan dan hayati maknanya InsyaAllah akan hilang perasaan risau, sedih dan sebagainya. Ingatlah, walau berat mana pun ujian yang Allah berikan kepada kita, bersabarlah, berdoa dan bertawakallah serta redha lah dengan ujian tersebut kerana Allah t...

Kisah Iblis bertemu Rasulullah SAW

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. " Rasulullah SAW bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?" Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu." Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."   Umar bin Khattab r.a. berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"   Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik." Ibnu Abbas r.a. berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti r...

Book Review: Bajet Power

Book Review Tajuk: Bajet Power Penulis: Harith Faisal Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Cetakan Pertama: 2017 Harga: RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM 32.00 (Sabah/Sarawak) Rating: 4.75/5.0 Biar nampak miskin, tapi kaya berharta.  Daripada nampak kaya, tapi papa kedana. Berdasarkan "tagline" di atas anda mungkin sudah dapat mengagak tema buku ini. Buku ini menceritakan dan menerangkan tentang tips pengurusan kewangan dan juga sedikit sebanyak tentang pelaburan. Secara ringkasnya penulis buku, Harith Faisal (HF) sangat menekankan kepentingan mempunyai tabung simpanan untuk setiap individu serta kepentingan mempunyai kemahiran menguruskan kewangan yang baik. Beliau juga turut menyelitkan beberapa perkara yang perlu di lakukan serta yang tidak sepatutnya di lakukan untuk menguruskan kewangan dengan efisien. Buku ini untuk siapa? Sesuai untuk bacaan pelajar lepasan SPM sehingga orang yang sedang bekerja. Mengapa? Kerana adik-adik lepasan ...