Terdapat satu zikir yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW buat umatnya yang mepunyai banyak kelebihan, antaranya ialah: 1) Dtuliskan baginya kebaikan 2) Dihapuskan baginya dosa 3) Diangkatkan baginya kedudukan (darjat) 4) Diberi pahala umpama membebaskan seorang hamba 5) Terjaga dari segala perkara yang dibenci syaitan pada hari dibaca zikir tersebut 6) Terhindar dari dosa yang membawa kebinasaan pada hari tersebut Berdasarkan hadis, zikir ini merupakan tahlil yang dibaca setiap selepas Subuh dan Maghrib. Daripada Abu Zar (al-Ghiifari) r.a. berkata: "Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca 10 kali selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih dalam tahiyyat akhir, sebelum berkata-kata Image credit to: Nasir Yusoff 10 kali, ditulis baginya sekali bacaan tu 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 darjat (kedudukan), dan dia diberi pahala seperti membebaskan seorang hamba untuk setiap sek...
"Ustaz, saya dulu hafiz al-Quran. Dulu, solat ini memang saya tidak tinggal. Saya semakin hanyut dengan dunia. Sekarang, saya sudah tidak solat. Saya ingin berubah. Masih adakah sinar untuk saya?" Ustaz N memandang telefon bimbit Masjid Kuning Kota Damansara. Bagus masjid ni. Ada segmen Tanyalah Ustaz. Sesiapa jemaah yang ingin bertanya, boleh menghantarkan SMS. "Masih ada sinar" Ustaz N menjawab pendek. Jemaah mengangguk. Kebanyakannya faham sifat al-Ghafur Allah. Jemaah di situ memang boleh letak belakang nama mereka dengan Ahmad atau Abu al-Damansari. Berlumba-lumba duduk di dalam taman-taman syurga ilmu. Marvellous! Ustaz N menyambung, "Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Jika anda jatuh, maknanya, masa anda masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan." "SMS masuk, Pak" , telefon bimbit Tanyalah Ustaz berbunyi lagi....