Skip to main content

Apabila nyawa Nabi Idris a.s. dicabut




"Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): "Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar".
(Surah Al-Anfal, ayat 50).

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyu pun kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".
(Surah Al- An'am, ayat 93).

Cara malaikat Izrail mencabut nyawa bergantung kepada amal perbuatan orang yang tersebut, sekiranya orang yang akan meninggal dunia itu derhaka kepada Allah, maka malaikat Izrail mencabut nyawa tersebut dengan kasar.

Sebaliknya, sekiranya hamba itu merupakan orang yang soleh, malaikat Izrail mencabut rohnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian, peristiwa terpisahnya roh dari jasad tetap sangat menyakitkan.

"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang". 
(H.R. Ibnu Abu Dunya).

Nabi Idris a.s. merupakan seorang ahli ibadah, rajin mengerjakan solat sehingga puluhan rakaat dalam sehari semalam dan selalu berzikir dalam kesibukan sehari-harinya.
Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itu sangat menarik perhatian malaikat Maut, Izrail. Maka  ia memohon kepada Allah SWT agar diperkenankan untuk mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. 
Allah SWT mengabulkan permohonan malaikat Izrail, maka turunlah dia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, lalu pergilah dia ke rumah Nabi Idris a.s.

"Assalamu'alaikum, ya Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail,
"Wa'alaikum salam wa rahmatullah". Jawab Nabi Idris a.s.

Baginda tidak mengetahui bahawa lelaki yang datang ke rumahnya itu adalah malaikat Izrail.
Seperti tetamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya menghadap Allah sehingga keesokan harinya.

Semua itu tidak lepas dari perhatian malaikat Izrail. Nabi Idris a.s. juga sentiasa berzikir dalam kesibukan harinya, dan hanya bercakap tentang perkara yang baik-baik sahaja. Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak tetamunya itu berjalan-jalan ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan.

"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita", pinta malaikat Izrail untuk menguji Nabi Idris a.s.
"Maha Suci Allah", jawab Nabi Idris a.s.
"Mengapa?" malaikat Izrail berpura-pura terkejut.
"Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s. 
Kemudian baginda berkata: "Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram".

Malaikat Izrail dan tidak berkata apa-apa.
Nabi Idris a.s perhatikan wajah tetamunya yang tidak berasa bersalah. Baginda berasa sangat ingin mengetahui tentang tetamu yang belum dikenalinya itu. Siapakah tetamunya itu? Fikir Nabi Idris a.s.

"Siapakah engkau sebenarnya?" tanya Nabi Idris a.s.
"Aku malaikat Izrail". Jawab malaikat Izrail 

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tidak percaya, seketika tubuhnya bergetar tidak berdaya.

"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku?" tanya Nabi Idris a.s.
"Tidak", jawab malaikat Izrail dengan senyuman yang penuh hormat.
"Atas izin Allah, aku sekadar menziarahimu," jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s. mengangguk, kemudian baginda hanya diam untuk beberapa waktu .

"Aku berhajatkan sesuatu darimu," tutur Nabi Idris a.s
"Apa itu ? Katakanlah". Jawab Malaikat Izrail.
"Aku mohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku", pinta Nabi Idris a.s.
"Tanpa izin Allah, aku tidak dapat melakukannya", tolak malaikat Izrail.

Pada saat itu Allah SWT mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. dan memerintahkan malaikat Izrail agar mencabut nyawa baginda.
Dengan izin Allah, malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. 
Maka, sesudah itu baginda wafat.

Malaikat Izrail lalu menangis dan memohon kepada Allah SWT agar menghidupkan kembali Nabi Idris a.s. 
Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan permohonan tersebut, Nabi Idris a.s. dihidupkan kembali.

"Bagaimanakah rasanya kematian itu, sahabatku?" tanya malaikat Izrail.
"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup yang disiat kulitnya", jawab Nabi Idris a.s.
"Aku mencabut rohmu dengan cara yang paling lembut, dan tidak pernah aku mencabut roh selembut it". jawab malaikat Izrail pula.

Sedangkan nabi Allah menghadapi sakit sebegitu apabila di cabut rohnya, maka bagaimana pula nasib kita nanti?
Astaghfirullah.Allahu

Credit to: https://padhydhy.blogspot.my/2013/05/rasa-sakit-sakaratul-maut-seorang-nabi.html


Semoga Allah kurniakan khusnul khatimah kepada kita. Amin ya Rabb.


Comments

Popular posts from this blog

Sabar, doa, tawakal dan redha saat diduga

Adakalanya rasa sedih, marah, stress, nak baling barang, nak baling orang, nak gelak sungguh-sungguh dan banyak lagi. Semua org mungkin pernah merasainya. Allah ciptakan manusia kaya dengan emosi. Maka, kita mestilah pandai nak mengurus emosi tersebut. Allah telah berfirman yang bermaksud: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah As-Syarh, ayat 5-6) Surah ini diturunkan sewaktu Rasulullah SAW berada dalam kerisauan dan kesedihan. Setelah turunnya surah ini, maka hilanglah dukacita kekasih Allah itu. Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang sekiranya kita baca, fahamkan dan hayati maknanya InsyaAllah akan hilang perasaan risau, sedih dan sebagainya. Ingatlah, walau berat mana pun ujian yang Allah berikan kepada kita, bersabarlah, berdoa dan bertawakallah serta redha lah dengan ujian tersebut kerana Allah t...

Kisah Iblis bertemu Rasulullah SAW

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. " Rasulullah SAW bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?" Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu." Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."   Umar bin Khattab r.a. berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"   Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik." Ibnu Abbas r.a. berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti r...

Book Review: Bajet Power

Book Review Tajuk: Bajet Power Penulis: Harith Faisal Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Cetakan Pertama: 2017 Harga: RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM 32.00 (Sabah/Sarawak) Rating: 4.75/5.0 Biar nampak miskin, tapi kaya berharta.  Daripada nampak kaya, tapi papa kedana. Berdasarkan "tagline" di atas anda mungkin sudah dapat mengagak tema buku ini. Buku ini menceritakan dan menerangkan tentang tips pengurusan kewangan dan juga sedikit sebanyak tentang pelaburan. Secara ringkasnya penulis buku, Harith Faisal (HF) sangat menekankan kepentingan mempunyai tabung simpanan untuk setiap individu serta kepentingan mempunyai kemahiran menguruskan kewangan yang baik. Beliau juga turut menyelitkan beberapa perkara yang perlu di lakukan serta yang tidak sepatutnya di lakukan untuk menguruskan kewangan dengan efisien. Buku ini untuk siapa? Sesuai untuk bacaan pelajar lepasan SPM sehingga orang yang sedang bekerja. Mengapa? Kerana adik-adik lepasan ...