Skip to main content

Rindu


Tatkala lembut bayu membelai wajah,
Rindu datang menyapa,
Ku bisikkan kalimah rindu,
Buat kekasih yang jauh di mata,
Sungguh aku rindu ya Rabb,
Kepada seorang kekasih,
Sungguhpun wajahnya tidak pernah aku tatapi,
Sungguh aku rindu ya Rabb,
Kepada seorang kekasih,
Yang mencintaiku sebelum aku mengenalinya,
Hari berlalu bersilih ganti,
Namun masih belum jua dapat aku menemuimu,
Wahai kekasih hati,
Namamu meniti di bibir saban waktu,
Menitis air mata tatkala mengingatimu,
Kerana sungguh aku rindu,
Di mana harus aku luahkan cinta ini?
Siapa yang dapat mengerti kerinduan ini?
Bagaimana ku pujuk sekeping hati ini?
Moga-moga terbalas cinta ini ya Allah,
Moga-moga terubat rindu ini ya Allah,
Salam kesejahteraan ku titipkan buatmu wahai kekasih,
Moga-moga apabila tiba waktu untuk bersua denganmu,
Aku disambut dengan senyuman dan cinta darimu ya Rasulullah,
Dengan izin dan rahmatmu wahai pemilik nyawa,
Moga-moga pengakhiranku di syurga bersamanya,
Demi zat yang diriku berada di tanganNya,
Sungguh aku rindu,
Untuk bertemu dengan kekasihMu,
Sungguh aku rindu,
Pada hari yang dijanjikan,
Untuk aku akhirnya kembali menghadapMu,
Sungguh aku rindu.

Moga Allah redha

3 Mei 2018, Khamis


Comments

Popular posts from this blog

Sabar, doa, tawakal dan redha saat diduga

Adakalanya rasa sedih, marah, stress, nak baling barang, nak baling orang, nak gelak sungguh-sungguh dan banyak lagi. Semua org mungkin pernah merasainya. Allah ciptakan manusia kaya dengan emosi. Maka, kita mestilah pandai nak mengurus emosi tersebut. Allah telah berfirman yang bermaksud: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah As-Syarh, ayat 5-6) Surah ini diturunkan sewaktu Rasulullah SAW berada dalam kerisauan dan kesedihan. Setelah turunnya surah ini, maka hilanglah dukacita kekasih Allah itu. Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang sekiranya kita baca, fahamkan dan hayati maknanya InsyaAllah akan hilang perasaan risau, sedih dan sebagainya. Ingatlah, walau berat mana pun ujian yang Allah berikan kepada kita, bersabarlah, berdoa dan bertawakallah serta redha lah dengan ujian tersebut kerana Allah t...

Kisah Iblis bertemu Rasulullah SAW

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. " Rasulullah SAW bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?" Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu." Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."   Umar bin Khattab r.a. berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"   Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik." Ibnu Abbas r.a. berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti r...

Book Review: Bajet Power

Book Review Tajuk: Bajet Power Penulis: Harith Faisal Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Cetakan Pertama: 2017 Harga: RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM 32.00 (Sabah/Sarawak) Rating: 4.75/5.0 Biar nampak miskin, tapi kaya berharta.  Daripada nampak kaya, tapi papa kedana. Berdasarkan "tagline" di atas anda mungkin sudah dapat mengagak tema buku ini. Buku ini menceritakan dan menerangkan tentang tips pengurusan kewangan dan juga sedikit sebanyak tentang pelaburan. Secara ringkasnya penulis buku, Harith Faisal (HF) sangat menekankan kepentingan mempunyai tabung simpanan untuk setiap individu serta kepentingan mempunyai kemahiran menguruskan kewangan yang baik. Beliau juga turut menyelitkan beberapa perkara yang perlu di lakukan serta yang tidak sepatutnya di lakukan untuk menguruskan kewangan dengan efisien. Buku ini untuk siapa? Sesuai untuk bacaan pelajar lepasan SPM sehingga orang yang sedang bekerja. Mengapa? Kerana adik-adik lepasan ...