Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Zikir yang membawa kebaikan, menghapuskan dosa dan meninggikan darjat

Terdapat satu zikir yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW buat umatnya yang mepunyai banyak kelebihan, antaranya ialah: 1) Dtuliskan baginya kebaikan 2) Dihapuskan baginya dosa 3) Diangkatkan baginya kedudukan (darjat) 4) Diberi pahala umpama membebaskan seorang hamba  5) Terjaga dari segala perkara yang dibenci syaitan pada hari dibaca zikir tersebut 6) Terhindar dari dosa yang membawa kebinasaan pada hari tersebut Berdasarkan hadis, zikir ini merupakan tahlil yang dibaca setiap selepas Subuh dan Maghrib. Daripada Abu Zar (al-Ghiifari) r.a. berkata: "Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca 10 kali selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih dalam tahiyyat akhir, sebelum berkata-kata  Image credit to: Nasir Yusoff 10 kali, ditulis baginya sekali bacaan tu 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 darjat (kedudukan), dan dia diberi pahala seperti membebaskan seorang hamba untuk setiap sek...

Nak jadi baik memang lambat

"Ustaz, saya dulu hafiz al-Quran. Dulu, solat ini memang saya tidak tinggal. Saya semakin hanyut dengan dunia. Sekarang, saya sudah tidak solat. Saya ingin berubah. Masih adakah sinar untuk saya?" Ustaz N memandang telefon bimbit Masjid Kuning Kota Damansara. Bagus masjid ni. Ada segmen Tanyalah Ustaz. Sesiapa jemaah yang ingin bertanya, boleh menghantarkan SMS. "Masih ada sinar" Ustaz N menjawab pendek. Jemaah mengangguk. Kebanyakannya faham sifat al-Ghafur Allah. Jemaah di situ memang boleh letak belakang nama mereka dengan Ahmad atau Abu al-Damansari. Berlumba-lumba duduk di dalam taman-taman syurga ilmu. Marvellous! Ustaz N menyambung, "Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Jika anda jatuh, maknanya, masa anda masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan." "SMS masuk, Pak" , telefon bimbit Tanyalah Ustaz berbunyi lagi....

Boleh ke minum air berdiri?

Bolehkah minum air sambil berdiri? Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Rasulullah SAW menegah kita minum berdiri . Di antara sebab di larang minum air berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang.” Adapun minum air berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut.Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.” Selain itu, ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steri...

Seorang insan bisu

Pada suatu pagi, saya dan mak singgah di sebuah warung roti canai untuk sarapan. Saya lihat ramai pak cik- pak cik yang berpakaian elok-elok, berjubah putih, berkain pelekat, berserban, berkopiah dan sebagainya sedang bersarapan di beberapa buah meja. Kebetulan, warung tersebut terletak agak berhampiran masjid. Terdetik dalam hati saya, mungkin mereka merupakan jemaah masjid. Setelah beberapa ketika menunggu, pesanan saya dan mak pun sampai. Kami pun mula makan dengan berselera. Hampir 5 ke 10 minit setelah itu, datang seorang pak cik yang lusuh pakaiannya. Kasihan saya melihat pak cik tersebut. Berjalan terencut-encut, dengan keadaan yang agak uzur, rambut dan janggutnya pun sudah banyak yang beruban. Namun, saya lihat dia tersenyum kepaada semua yang melihatnya. Pak cik tersebut pun duduk di meja berhampiran tempat makan saya. Lama saya memerhatikannya. Agak aneh kerana dia langsung tidak memanggil pelayan di kedai tersebut untuk memesan makanannya dan apa yang lebih membuatkan s...