Skip to main content

To-do list yang wajib ada untuk tahun baru


Alhamdulillah, syukur masih di berikan kesempatan oleh DIA untuk terus hidup di muka bumiNya, menikmati segala kurnian tanda kasih dan sayangnya Khaliq kepada hambaNya.
Masuk tahun baru mesti ramai yang dah fikirkan azam untuk tahun baru ini. Mungkin untuk yang masih bersekolah, berazam untuk menjadi lebih cemerlang, yang di universiti pula mungkin dah target nak dapatkan anugerah dekan dan yang masih bujang mungkin rasa nak kahwin.. heh. Di ringkaskan cerita, semua orang akan tanamkan azam dalam diri masing-masing, apa yang nak di capai dalam tahun 2018 ini. Setiap orang mempunyai target yang berbeza tetapi sewajarnya perlu ada beberapa target yang perlu sama untuk semua. Apa agaknya? Cuba teka. ;)
Kita tolak tepi dulu azam nak dapat anugerah dekan, nak kahwin, nak gaji tinggi dan sebagainya kerana semua orang akan meletakkan target yang berbeza mengikut situasi masing-masing.
Apa yang wajib ada dalam to-do list tahun 2018 kita?

1) Menambah kebaikan yang dibuat terhadap ibu bapa
Bila masuk tahun baru umur kita bertambah satu angka tapi kita selalu lupa begitu juga dengan ibu bapa kita. INGAT, ibu dan bapa adalah nikmat yang sangat besar untuk kita. Berbuat baik lah terhadap mereka selagi mereka masih ada. Buat yang sudah kehilangan ibu bapa, jangan lupa juga untuk berbakti dengan lebih baik untuk mereka. Lazimkan diri untuk mendoakan mereka serta melakukan amal kebajikan untuk mereka kerana itu adalah satu-satunya cara untuk membantu mereka.


2) Penambahbaikan diri
Kita semua manusia. Sinonim bagi perkataan manusia ialah insan. Apa pula maksud insan? Insan= Pelupa. Jangan kita dok beriya fikir nak beli kereta baru tahun 2018 ni dan sebagainya, tetapi azam untuk menjadi lebih baik kita tolak ke laut. Jangan begitu. Sekiranya kita kurang lancar membaca Al-Quran, berazamlah untuk belajar Al-Quran. Sekiranya tahun 2017, kita selalu lewat solat, berazamlah untuk solat pada awal waktu. Sekiranya aurat kita belum ditutup dengan sempurna, jangan acah-acah tak tahu je, berazamlah untuk menutup aurat dengan sempurna.


Pendek katanya, 2 perkara di atas sepatutnya WAJIB ada dalam azam tahun baru kita supaya kita InsyaAllah sejahtera dunia akhirat. InsyaAllah, moga Allah redha.
ps: Azam jangan lekat dekat dinding tapi tak buat, membazir kertas dan dakwat. Bila ada azam, jangan tak usaha pulak. Sila jangan simpan azam sehingga jadi pekasam.





Comments

Popular posts from this blog

Sabar, doa, tawakal dan redha saat diduga

Adakalanya rasa sedih, marah, stress, nak baling barang, nak baling orang, nak gelak sungguh-sungguh dan banyak lagi. Semua org mungkin pernah merasainya. Allah ciptakan manusia kaya dengan emosi. Maka, kita mestilah pandai nak mengurus emosi tersebut. Allah telah berfirman yang bermaksud: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah As-Syarh, ayat 5-6) Surah ini diturunkan sewaktu Rasulullah SAW berada dalam kerisauan dan kesedihan. Setelah turunnya surah ini, maka hilanglah dukacita kekasih Allah itu. Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang sekiranya kita baca, fahamkan dan hayati maknanya InsyaAllah akan hilang perasaan risau, sedih dan sebagainya. Ingatlah, walau berat mana pun ujian yang Allah berikan kepada kita, bersabarlah, berdoa dan bertawakallah serta redha lah dengan ujian tersebut kerana Allah t...

Kisah Iblis bertemu Rasulullah SAW

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. " Rasulullah SAW bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?" Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu." Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."   Umar bin Khattab r.a. berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"   Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik." Ibnu Abbas r.a. berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti r...

Book Review: Bajet Power

Book Review Tajuk: Bajet Power Penulis: Harith Faisal Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Cetakan Pertama: 2017 Harga: RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM 32.00 (Sabah/Sarawak) Rating: 4.75/5.0 Biar nampak miskin, tapi kaya berharta.  Daripada nampak kaya, tapi papa kedana. Berdasarkan "tagline" di atas anda mungkin sudah dapat mengagak tema buku ini. Buku ini menceritakan dan menerangkan tentang tips pengurusan kewangan dan juga sedikit sebanyak tentang pelaburan. Secara ringkasnya penulis buku, Harith Faisal (HF) sangat menekankan kepentingan mempunyai tabung simpanan untuk setiap individu serta kepentingan mempunyai kemahiran menguruskan kewangan yang baik. Beliau juga turut menyelitkan beberapa perkara yang perlu di lakukan serta yang tidak sepatutnya di lakukan untuk menguruskan kewangan dengan efisien. Buku ini untuk siapa? Sesuai untuk bacaan pelajar lepasan SPM sehingga orang yang sedang bekerja. Mengapa? Kerana adik-adik lepasan ...