Skip to main content

Meet my Jebat

Pose title: 
"I'm a cat, I love fluffy and comfy place to sleep. It's mine now. Go away."
Pada suatu malam, seekor kucing berwarna kuning telah memecah masuk ke dalam rumah saya dan telah membuat keputusan, " Hey, I love this place. It's my new home now" tanpa bertanyakan tuan punya rumah iaitu saya dan housemate sekalian. Kenapa Jebat? Sebab dia masuk je rumah orang dengan cara gangster dia dan buat muka smug je bila pandang orang. Disebabkan ke'macho'annya, maka dia digelar Jebat Taat, dengan harapan dia mendengar kata. Malangnya, Jebat merupakan the epitome of doing things according to my ways. 
Haila..Memang kalau bangun sekejap je kau conquer terus satu kerusi Jebat.Tiba-tiba teringat pulak cerita P.Ramlee.
Baiklah, sekian sahaja berita Jebat untuk kali ini.Terima kasih.
 ^ ^
-SufiHana

Comments

Popular posts from this blog

Sabar, doa, tawakal dan redha saat diduga

Adakalanya rasa sedih, marah, stress, nak baling barang, nak baling orang, nak gelak sungguh-sungguh dan banyak lagi. Semua org mungkin pernah merasainya. Allah ciptakan manusia kaya dengan emosi. Maka, kita mestilah pandai nak mengurus emosi tersebut. Allah telah berfirman yang bermaksud: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah As-Syarh, ayat 5-6) Surah ini diturunkan sewaktu Rasulullah SAW berada dalam kerisauan dan kesedihan. Setelah turunnya surah ini, maka hilanglah dukacita kekasih Allah itu. Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang sekiranya kita baca, fahamkan dan hayati maknanya InsyaAllah akan hilang perasaan risau, sedih dan sebagainya. Ingatlah, walau berat mana pun ujian yang Allah berikan kepada kita, bersabarlah, berdoa dan bertawakallah serta redha lah dengan ujian tersebut kerana Allah t...

Kisah Iblis bertemu Rasulullah SAW

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. " Rasulullah SAW bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?" Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu." Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."   Umar bin Khattab r.a. berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"   Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik." Ibnu Abbas r.a. berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti r...

Book Review: Bajet Power

Book Review Tajuk: Bajet Power Penulis: Harith Faisal Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Cetakan Pertama: 2017 Harga: RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM 32.00 (Sabah/Sarawak) Rating: 4.75/5.0 Biar nampak miskin, tapi kaya berharta.  Daripada nampak kaya, tapi papa kedana. Berdasarkan "tagline" di atas anda mungkin sudah dapat mengagak tema buku ini. Buku ini menceritakan dan menerangkan tentang tips pengurusan kewangan dan juga sedikit sebanyak tentang pelaburan. Secara ringkasnya penulis buku, Harith Faisal (HF) sangat menekankan kepentingan mempunyai tabung simpanan untuk setiap individu serta kepentingan mempunyai kemahiran menguruskan kewangan yang baik. Beliau juga turut menyelitkan beberapa perkara yang perlu di lakukan serta yang tidak sepatutnya di lakukan untuk menguruskan kewangan dengan efisien. Buku ini untuk siapa? Sesuai untuk bacaan pelajar lepasan SPM sehingga orang yang sedang bekerja. Mengapa? Kerana adik-adik lepasan ...