Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Peringatan Untuk Diri

Jangan baca kalau kau jenis yang suka dengar nasihat lembut je, tak boleh nak sentap, tak nak mengaku berdosa dan sebagainya. Ni dah bagi amaran okay. Apa tujuan kau hidup? Belajar rajin-rajin, graduate and dapat kerja. Then? Kahwin, dapat anak, then hidup besarkan anak, bersara, dapat cucu. Tua lepas tu reput dalam tanah? Kau hidup untuk apa? Kau rasa kau hidup untuk dunia ni je ke? Kau rasa mati tu jauh? Kau rasa macam confirm masuk syurga? Rasa macam berat nak solat, puasa, sedekah and nak buat benda-benda baik? Kau rasa macam ada masa lagi nak taubat. Tak pe, banyak lagi masa. Allah kan Maha Pengampun? Serius kau rasa banyak lagi masa? Kalau malam ni kau tidur, lepas tu mati macam mana? Macam mana dengan semua solat yang ditinggalkan waktu zaman jahiliah dulu, puasa yang tak ganti lagi, sedekah yang entah seberapa? Apa yang kau nak bawa hadap Allah? Kau rasa kau boleh ke jawab soalan Munkar dan Nankir dalam kubur nanti? Kau rasa nanti kubur kau tu akan jadi taman-taman ...

Syair Imam Ahmad

Jika Tuhanku bertanya kepadaku, ‘Tidak malukah engkau melakukan maksiat kepada-Ku? Engkau sembunyikan dosa engkau dari makhluk-Ku dan datang kepada-Ku dengan penuh dosa.’ Bagaimana aku hendak menjawab duhai diriku yang malang?  Dan siapakah yang dapat menyelamatkan aku?  Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati Dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan  Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya Seakan-akan mati tidak akan menemuiku  Dan telah datang kepadaku sakaratul maut yang ngeri Siapakah yang mampu melindungiku?  Aku melihat pada wajah-wajah mereka. Apakah ada antara mereka yang akan menebus (kesilapan) ku?   Aku akan disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?  Maka, bagaimana akan aku menjawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku? Celakanya aku! Apakah aku tidak mendengar ...

Sabar, doa, tawakal dan redha saat diduga

Adakalanya rasa sedih, marah, stress, nak baling barang, nak baling orang, nak gelak sungguh-sungguh dan banyak lagi. Semua org mungkin pernah merasainya. Allah ciptakan manusia kaya dengan emosi. Maka, kita mestilah pandai nak mengurus emosi tersebut. Allah telah berfirman yang bermaksud: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah As-Syarh, ayat 5-6) Surah ini diturunkan sewaktu Rasulullah SAW berada dalam kerisauan dan kesedihan. Setelah turunnya surah ini, maka hilanglah dukacita kekasih Allah itu. Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang sekiranya kita baca, fahamkan dan hayati maknanya InsyaAllah akan hilang perasaan risau, sedih dan sebagainya. Ingatlah, walau berat mana pun ujian yang Allah berikan kepada kita, bersabarlah, berdoa dan bertawakallah serta redha lah dengan ujian tersebut kerana Allah t...

Allah kat mana?

Ketika solat kita sering gagal mencapai kesedaran berbicara kepada Allah kerana persepsi kita adalah Allah jauh di Arasy. Persepsi ini sukar untuk dibuang kerana ia telah lama tertanam di dalam minda kita sejak kita anak-anak lagi. Persepsi dan apa yang ada di fikiran kita yang sering membelenggu diri kita di dalam mengarahkan kesedaran kita kepada Allah. Persoalan  "Di mana Allah"  adalah persoalan pokok yang penting di dalam mengarah kesedaran ketika solat. Ketika bersembang dengan Pak Ustaz Abu Sangkan di lapangan terbang sebelum keberangkatan pulang Ustaz ke Jakarta, Pak Ustaz mengatakan tentang laut . ''Kalau sesuatu terjatuh di dalam laut, atasnya apa? Laut bukan? Bawahnya apa? Laut juga.Kirinya? juga laut, bagaimana kanannya? Oh,laut juga.Lautnya ada berapa?'' tanya Ustaz . ''Satu!'' Begitulah juga dengan Allah, di mana pun kita mengadap di situlah wajah Allah. "Allah Maha Besar? Sebesar apa? Besar sangat jawab anak-an...

Susah ke jadi wanita Islam?

Susahkah menjadi wanita Islam Ada segelintir kaum wanita berkata,,, “ susah menjadi wanita ISLAM ”.  Banyak nya benda nak kena jaga, tetapi tahu kah anda kelebihan menjadi seorang muslimah melebihi kepayahannya? Ha, apa kelebihan-kelebihannya?😶 1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki. Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…  Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah". (HR Muslim) Makanya, benda yang mahal harganya akan dijaga serta disimpan sebaiknya di tempat yang paling selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan di letakkan di dalam tempurung sahaja kan?      2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila ingin keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.   Seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. 3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.   Se...

Darjat kita LEBIH RENDAH daripada haiwan sekiranya..

Darjat kita lebih rendah dari seekor haiwan sekiranya kita tak taat dengan Allah. It's as easy as ABC. Apa contoh tak taat dengan Allah? 1. Kafir 2. Tak solat, sengaja lewatkan solat, lalai dalam kerjakan solat 3. Tak tutup aurat Sekiranya anda dan saya sendiri ada buat mana-mana perkara di atas misalnya, maka darjat kita di sisi Allah lebih rendah daripada haiwan. Percaya tak? "Eh, pahal pulak aku lagi hina dari haiwan, kau mungkin lah."   Sebelum ada yg emo macam ni, biar saya terangkan dulu okay.  Siapa tahu surah At-Tin sila ucap Alhamdulillah. Okay, done. Oh, kalau nak pergi ambil Al-Quran yang ada terjemahan pun lagi bagus, tapi buat yg mungkin tak ada Al-Quran sekarang, nah terjemahan surah At-Tin. Sebelum baca, doa Allah buka hati kita dan berikan kita kefahaman dalam ilmu agama. Amin. 1. Demi buah tin dan buah zaitun 2. Dan demi Bukit Tursina 3. Dan demi negeri (Mekah) yang aman 4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan seb...