Skip to main content

Berubahlah Kerana Allah

Dalam kehidupan seharian, pasti kita tidak dapat lari dari perubahan, dalam setiap saat, mesti ada sahaja perubahan yang berlaku pada diri sendiri. Kita perasan atau tidak hanya Allah sahaja yang Maha Tahu. Mungkin juga akan ada kehadiran kawan kawan kita yang perasan perubahan tersebut.
"Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya."
Namun, adakah kita berubah itu mengikut perubahan semasa ataupun memang kita hendak berubah demi kebaikan bersama?
Jelas apa yang kita lihat sekarang, kebanyakan di antara kita, berubah mengikut perubahan semasa. Jika mengikut trend yang happening sekarang contohnya k-pop band, ramai di antara kita mula mengikut jejak langkah mereka dengan berpakaian, bergaya, bercakap seperti mereka. Namun adakah perubahan tersebut hanya untuk kepuasan sendiri ataupun untuk mendapat redha Allah semata-mata?
Jika kita mengikut konteks peradaban dunia sekarang, mungkin ramai akan mengata, kita bukanlah seorang yang "up to date" atau tidak mengikut trend sekarang dan pelbagai lagi trend yang ada. Malah tidak sedikit pula yang akan menganggap kita sebagai mundur ke belakang jika tidak peka dan ikut dengan peredaran zaman yang sentiasa berubah.
Alhamdulillah, pada yang masih berpandangan jauh dan bijak'sana' lebih melihat daripada sudut pandangan yang jauh. Pandangan mereka bukan setakat senario yang bakal berlaku di 'sini' tetapi lebih melihat kepada senario dan kesan di 'sana' iaitu di alam yang lebih kekal tiada yang fana. 
Perkara sebegini dipandang ringan oleh kerana mereka hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT apabila hendak berubah. Maka kefahaman mereka terhadap perubahan inilah - berubah kerana Allah akan membawa hati mereka lebih cenderung dalam mencapai nikmat iman dan redhaNya.
Demikianlah bagi mereka yang berubah bukan kerana Allah. Perubahan yang hanya mengikut trend terkini tanpa ada terselit kerana Allah akan membawa hati mereka lebih jauh dari mengingati Allah. Perubahan demi kepuasan sendiri hanya sementara, tidak kekal.
Berubah kerana manusia, kita tak akan dapat apa apa faedah, dari segi agama, ilmu dan juga pemikiran. Manusia itu adalah kita, dan telah diterangkan oleh Allah SWT hanyasanya manusia itu hanyalah sekadar hamba yang disifatkan dengan lemah dan sering berputus asa. Maka, apakah yang bakal terjadi sekiranya perubahan itu kerana manusia, bukan kerana Allah? Fikirkan lah sejenak.
"Aku kena berubah, kalau tak putera idaman aku tak nak dengan aku lagi.. Dia nak aku pakai tudung."
"Kalau nak dapat suami soleh, aku mesti berubah jadi solehah."
"Ayah tak izinkan kamu keluar rumah kalau kamu gagal lagi kali ni"
Seringkali kita dengar, ramai di antara kita apabila bercouple, akan berubah semata-mata untuk mengambil hati pasangannya. Kononnya ingin menjadi seorang yang memahami apa yang diingini oleh pasangannya. Agar merasa sehati dan sejiwa. 
Ada pula yang teringin untuk jadi muslimah yang terbaik buat isteri demi lelaki pilihan, nak jadi anak yang soleh demi kebahagiaan keluarga, nak jadi student yang cemerlang demi Dean List dan bermacam macam lagi. Hakikatnya perubahan itu hanya semata-mata kerana manusia. Berubah hanya untuk mencapai apa yang diinginkan di hati. 
Perlulah difahami, niat untuk berubah amatlah senang kerana niat itu hanyalah lintasan hati. Namun, untuk merealisasikan apa yang diniatkan perlunya suatu tindakan.
Jika niat itu semata-mata kerana Allah SWT,  dan apabila azam itu telah tertanam seiring dengan niat yang ada, insyaAllah kita dapat berubah. Yakinlah sesuatu niat yang hanya dipersembahkan semata-mata kerana Allah sudah pastilah akan mendapat petunjuk dan bantuan dariNya.
Namun, jika berubah kerana manusia dan untuk manusia, siapa yang akan memberi petunjuk kepada kita sedangkan manusia itu  (yang kita berubah kerananya) juga memerlukan petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT.
Kesimpulannya, berubahlah kerana Allah SWT semata-mata untuk meraih redhaNya. Lakukanlah perubahan itu secara terus kepada Allah tanpa memerlukan orang tengah iaitu manusia lain untuk kita berubah. Buat kerana Allah pasti akan kekal akan tetapi jika kerana manusia, akan sia-sia dan bersifat sementara.
Jika takut untuk diterima masyarakat, usah risau dan gelisah kerana kita berubah untuk kebaikan bersama. Jangan takut kepada masyarakat kerana mereka adalah makhluk namun takutlah kepada Allah SWT kerana dia adalah Pencipta Agung kita.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri " 
(Surah Ar-Rad ayat 11)

Comments

Popular posts from this blog

Sabar, doa, tawakal dan redha saat diduga

Adakalanya rasa sedih, marah, stress, nak baling barang, nak baling orang, nak gelak sungguh-sungguh dan banyak lagi. Semua org mungkin pernah merasainya. Allah ciptakan manusia kaya dengan emosi. Maka, kita mestilah pandai nak mengurus emosi tersebut. Allah telah berfirman yang bermaksud: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah As-Syarh, ayat 5-6) Surah ini diturunkan sewaktu Rasulullah SAW berada dalam kerisauan dan kesedihan. Setelah turunnya surah ini, maka hilanglah dukacita kekasih Allah itu. Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang sekiranya kita baca, fahamkan dan hayati maknanya InsyaAllah akan hilang perasaan risau, sedih dan sebagainya. Ingatlah, walau berat mana pun ujian yang Allah berikan kepada kita, bersabarlah, berdoa dan bertawakallah serta redha lah dengan ujian tersebut kerana Allah t...

Kisah Iblis bertemu Rasulullah SAW

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. " Rasulullah SAW bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?" Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu." Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."   Umar bin Khattab r.a. berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"   Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik." Ibnu Abbas r.a. berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti r...

Book Review: Bajet Power

Book Review Tajuk: Bajet Power Penulis: Harith Faisal Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Cetakan Pertama: 2017 Harga: RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM 32.00 (Sabah/Sarawak) Rating: 4.75/5.0 Biar nampak miskin, tapi kaya berharta.  Daripada nampak kaya, tapi papa kedana. Berdasarkan "tagline" di atas anda mungkin sudah dapat mengagak tema buku ini. Buku ini menceritakan dan menerangkan tentang tips pengurusan kewangan dan juga sedikit sebanyak tentang pelaburan. Secara ringkasnya penulis buku, Harith Faisal (HF) sangat menekankan kepentingan mempunyai tabung simpanan untuk setiap individu serta kepentingan mempunyai kemahiran menguruskan kewangan yang baik. Beliau juga turut menyelitkan beberapa perkara yang perlu di lakukan serta yang tidak sepatutnya di lakukan untuk menguruskan kewangan dengan efisien. Buku ini untuk siapa? Sesuai untuk bacaan pelajar lepasan SPM sehingga orang yang sedang bekerja. Mengapa? Kerana adik-adik lepasan ...