Skip to main content

Apa balasan sekiranya kita meninggalkan solat?

“Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu”
 (Hadis riwayat Attabrani.)
Solat merupakan tiang agama kepada semua umat Islam. Mendirikan solat itu telah digariskan sebagai ibadah yang wajib ditunaikan selepas setiap orang itu telah baligh.
Perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak ialah tentang SOLAT. Jika SOLAt didapati sempurna dan diterima dengan baik maka segala amal yang lain juga akan diterima dengan kiraan yang mudah. Jika SOLAT itu ditolak atau didapati tidak sempurna maka kiraan bagi amal yang lain juga akan ditolak atau dihisab dengan begitu sukar.
Maka bayangkanlah jika ada SOLAT yang ditinggalkan dengan sengaja. Apakah balasan yang akan diterima di akhirat kelak?
Sesiapa yang menjaga SOLAT 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu:
1) Masuk syurga tanpa dihisab.
2) Diselamatkan dari seksaan kubur.
3) Diselamatkan dari kesempitan hidup.
4) Melalui titan sirat bagaikan kilat.
5) Diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.
Tetapi, bagi sesiapa yang memandang ringan tentang perlaksanaan untuk bersolat, Allah akan memberi hukuman dengan 15 seksaan;
Ketika di dunia:
1. Dicabut berkat pada umurnya.
2. Dihapus tanda orang soleh pada wajahnya.
3. Amalan yang dikerjakannya tiada pahala.
4. Doanya tidak diangkat ke langit.
5. Tidak mendapat pahala orang solehin.
Ketika mati:
6. Mati dalm kehinaan.
7. Mati dalam kelaparan.
8. Mati dalam kehausan, walau diberi air selautan pun tidak
mencukupi.
Ketika dalam kubur:
9. Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuknya.
10. Dinyalakan api di dalam kubur lalu bermainlah ia di dalamnya siang
dan malam.
11. Didatangi ular `Syuja` yang buta mata dan kukunya dari besi dimana
setiap kuku panjangnya mengambil masa perjalanan sehari.
Ketika hari kiamat:
12. Diberatkan hisabnya.
13. Mendapat kemurkaan Allah.
14. Dimasukkan terus ke dalam neraka.
15. Putus dari rahmat Allah.
Bagi setiap orang Islam yang meninggalkan solat fardhu yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, maka, individu tersebut telah mencampurkan dua perkara iaitu keimanan dan kekufuran di dalam hidup mereka.
Allah S.W.T telah menetapkan, setiap waktu solat fardhu yang ditingalkan, Allah S.W.T akan memberikan dosa yang setimpal dengannya. Antaranya;
Subuh 
Satu fardu yang ditinggalkan, Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun. 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia.
Zuhur 
Satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam.
Asar 
Satu fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti meruntuhkan kaabah.
Maghrib 
Satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi perempuan).
Isyak
Satu fardu yang ditinggalkan, Allah tidak akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.
Firman Allah S.W.T; “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”
Justeru itu, marilah kita sama-sama mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa bertakwa dan berpegang teguh dengan suruhan dan perintah Allah. Setiap kebaikan dan ibadah yang dilakukan, pastinya diberikan ganjaran terbaik oleh Allah S.W.T.
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

Allahu😢
Saudara dan saudari sekalian, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan bertaubat atas dosa-dosa yang kita lakukan. Solatlah kita sebelum kita disolatkan. Mari kita jadi orang bijak. Siapakah golongan yang bijak?

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Orang yang paling banyak mengingati mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati, mereka itulah orang-orang yang cerdas."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

-SufiHana

Comments

Popular posts from this blog

Sabar, doa, tawakal dan redha saat diduga

Adakalanya rasa sedih, marah, stress, nak baling barang, nak baling orang, nak gelak sungguh-sungguh dan banyak lagi. Semua org mungkin pernah merasainya. Allah ciptakan manusia kaya dengan emosi. Maka, kita mestilah pandai nak mengurus emosi tersebut. Allah telah berfirman yang bermaksud: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah As-Syarh, ayat 5-6) Surah ini diturunkan sewaktu Rasulullah SAW berada dalam kerisauan dan kesedihan. Setelah turunnya surah ini, maka hilanglah dukacita kekasih Allah itu. Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang sekiranya kita baca, fahamkan dan hayati maknanya InsyaAllah akan hilang perasaan risau, sedih dan sebagainya. Ingatlah, walau berat mana pun ujian yang Allah berikan kepada kita, bersabarlah, berdoa dan bertawakallah serta redha lah dengan ujian tersebut kerana Allah t...

Kisah Iblis bertemu Rasulullah SAW

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. " Rasulullah SAW bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?" Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu." Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."   Umar bin Khattab r.a. berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"   Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik." Ibnu Abbas r.a. berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti r...

Book Review: Bajet Power

Book Review Tajuk: Bajet Power Penulis: Harith Faisal Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Cetakan Pertama: 2017 Harga: RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM 32.00 (Sabah/Sarawak) Rating: 4.75/5.0 Biar nampak miskin, tapi kaya berharta.  Daripada nampak kaya, tapi papa kedana. Berdasarkan "tagline" di atas anda mungkin sudah dapat mengagak tema buku ini. Buku ini menceritakan dan menerangkan tentang tips pengurusan kewangan dan juga sedikit sebanyak tentang pelaburan. Secara ringkasnya penulis buku, Harith Faisal (HF) sangat menekankan kepentingan mempunyai tabung simpanan untuk setiap individu serta kepentingan mempunyai kemahiran menguruskan kewangan yang baik. Beliau juga turut menyelitkan beberapa perkara yang perlu di lakukan serta yang tidak sepatutnya di lakukan untuk menguruskan kewangan dengan efisien. Buku ini untuk siapa? Sesuai untuk bacaan pelajar lepasan SPM sehingga orang yang sedang bekerja. Mengapa? Kerana adik-adik lepasan ...