Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Saat kita diuji?

Bismillah, Saya mulakan coretan pada hari ini dengan ayat-ayat cinta dari Allah yang bermaksud, "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"   (Al-Ankabut: 2-3). Seperti yang telah dinyatakan dalam firman Allah, bagaimana mungkin kita mengaku beriman sedangkan kita belum pernah diuji seperti umat-umat yang terdahulu? Setiap orang Islam Allah berikan ujian serta dugaan untuk menguji siapakah di kalangan kita yang melakukan amalan yang terbaik. “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” (Al-Mulk: 2) Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha mengasihani, maka Dia tidak akan memberikan ujian yang melebihi kemampuan kita. Saat kita diuji, ada kalanya kita menyebut-nyebut, “Kenapa aku ya Allah? ...

Kenapa Aku Malas Sembahyang?

Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang, Kenapa aku malas sembahyang, Main bola aku sanggup main sampai petang, Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang, Apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga, Kenapa aku malas sembahyang, Aku kena ingat umur kita bukannya panjang, Pagi kita sihat petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena seksa  sorang-sorang , Kenapa aku malas sembahyang, Seksa neraka cubalah aku bayang, Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang. " Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan " - kredit to  iluvislam.com

Apabila nyawa Nabi Idris a.s. dicabut

"Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): "Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar". (Surah Al-Anfal, ayat 50). Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyu pun kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang mengh...

Rindu

Tatkala lembut bayu membelai wajah, Rindu datang menyapa, Ku bisikkan kalimah rindu, Buat kekasih yang jauh di mata, Sungguh aku rindu ya Rabb, Kepada seorang kekasih, Sungguhpun wajahnya tidak pernah aku tatapi, Sungguh aku rindu ya Rabb, Kepada seorang kekasih, Yang mencintaiku sebelum aku mengenalinya, Hari berlalu bersilih ganti, Namun masih belum jua dapat aku menemuimu, Wahai kekasih hati, Namamu meniti di bibir saban waktu, Menitis air mata tatkala mengingatimu, Kerana sungguh aku rindu, Di mana harus aku luahkan cinta ini? Siapa yang dapat mengerti kerinduan ini? Bagaimana ku pujuk sekeping hati ini? Moga-moga terbalas cinta ini ya Allah, Moga-moga terubat rindu ini ya Allah, Salam kesejahteraan ku titipkan buatmu wahai kekasih, Moga-moga apabila tiba waktu untuk bersua denganmu, Aku disambut dengan senyuman dan cinta darimu ya Rasulullah, Dengan izin dan rahmatmu wahai pemilik nyawa, Moga-moga pengakhiranku di syurga bersaman...