Skip to main content

Jadilah seperti seekor burung

Dua sifat penting yang harus ada pada seorang hamba yang bernama mukmin ialah 'khauf'(perasaan takut) dan 'rajaa' (pengharapan).
Sepertimana seekor burung yang terbang tinggi memerlukan dua sayapnya untuk merentasi langit biru, begitulah juga halnya dengan kita. Memerlukan kedua-dua sifat tadi untuk menghadapi hari-hari mendatang yang penuh dengan cabaran dan ujian.
Adakalanya,mungkin kita terlupa.
Kita terlalu bangga dengan apa yang kita telah capai dan perolehi.Sangkaan kita, dek kerna usaha yang sehabis baik itulah, kita akan memperolehi apa yang dihajati. Kita sebenarnya terlalu 'mengagung-agungkan' usaha kita tadi. Lantas apabila, natijah yang diharapkan tidak seindah yang diimpikan, kita mula lemah,longlai,hampa dan seterusnya berasa putus asa.
Lupakah kita? Bilamana Allah sendiri menyebut bahawa sesungguhnya segala yang berlaku terhadap seorang hamba itu adalah mengikut kepada sangkaannya kepada Allah?
"Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-Ku, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepada-Ku di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hati-Ku. Dan jika ia ingat kepada-Ku di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepada-Ku sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari."-Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah R.A
Wahai hamba,andai buruknya sangkaan kita kepada Allah maka buruklah natijahnya.
Tetapi,andai baiknya sangkaan kita kepada Allah maka baiklah natijahnya.
Lihatlah burung!
Untuk ia terbang tinggi ke udara, ia akan mengepakkan kedua sayapnya dengan saksama.Sama laju, sama kuat. Namun, tatkala ia ingin membelok ke kanan atau ke kiri, nescaya salah satu dari dua sayapnya tadi memerlukan kekuatan yang lebih berbanding sebelah sayap yang perlu direhatkan sementara bagi memandu ia ke arah yang dituju.
Begitulah juga halnya dengan kita.
Bayangkan sahaja, 2 sayap burung tadi merupakan sayap kita.Sebelahnya,merupakan sayap'usaha seorang hamba yang daif' dan sebelahnya lagi merupakan sayap 'rahmat Allah swt yang amat luas'. Ada masanya, kita perlu mengerah sepenuhnya sayap 'usaha' tadi dengan sekuat yang boleh.  Lantas, selepas itu rehatkanlah ia dan gunakan pula sayap yang sebelah lagi sebaik mungkin iaitu sayap 'doa dan tawakkal'.
Mari kita muhasabah.Mungkin selama ini kita hanya bergantung kepada sayap 'usaha' tadi, tanpa kita manfaatkan sayap yang kedua. Ataupun,sebaliknya, kita terlalu bergantung kepada sayap 'doa dan tawakkal' tadi tanpa dimulai dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sepertimana burung yang tidak akan mampu terbang dengan sebelah sayap, begitulah juga keadaannya dengan kita.
Oleh yang demikian, jangan biarkan sayap itu patah mahupun tercedera.Kelak, akan jatuhlah burung tadi menyembah bumi.Hargai dan manfaatkan kedua sayap tadi agar kita juga mampu terbang tinggi seperti burung tadi.
Seandainya satu saat kita merasa lelah,letih dan berasa putus asa.Maka,ucapkanlah

'HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL'
''Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung''

Comments

Popular posts from this blog

Sabar, doa, tawakal dan redha saat diduga

Adakalanya rasa sedih, marah, stress, nak baling barang, nak baling orang, nak gelak sungguh-sungguh dan banyak lagi. Semua org mungkin pernah merasainya. Allah ciptakan manusia kaya dengan emosi. Maka, kita mestilah pandai nak mengurus emosi tersebut. Allah telah berfirman yang bermaksud: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah As-Syarh, ayat 5-6) Surah ini diturunkan sewaktu Rasulullah SAW berada dalam kerisauan dan kesedihan. Setelah turunnya surah ini, maka hilanglah dukacita kekasih Allah itu. Banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang sekiranya kita baca, fahamkan dan hayati maknanya InsyaAllah akan hilang perasaan risau, sedih dan sebagainya. Ingatlah, walau berat mana pun ujian yang Allah berikan kepada kita, bersabarlah, berdoa dan bertawakallah serta redha lah dengan ujian tersebut kerana Allah t...

Kisah Iblis bertemu Rasulullah SAW

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: "Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. " Rasulullah SAW bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?" Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu." Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."   Umar bin Khattab r.a. berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"   Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik." Ibnu Abbas r.a. berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti r...

Book Review: Bajet Power

Book Review Tajuk: Bajet Power Penulis: Harith Faisal Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Cetakan Pertama: 2017 Harga: RM 30.00 (Semenanjung Malaysia), RM 32.00 (Sabah/Sarawak) Rating: 4.75/5.0 Biar nampak miskin, tapi kaya berharta.  Daripada nampak kaya, tapi papa kedana. Berdasarkan "tagline" di atas anda mungkin sudah dapat mengagak tema buku ini. Buku ini menceritakan dan menerangkan tentang tips pengurusan kewangan dan juga sedikit sebanyak tentang pelaburan. Secara ringkasnya penulis buku, Harith Faisal (HF) sangat menekankan kepentingan mempunyai tabung simpanan untuk setiap individu serta kepentingan mempunyai kemahiran menguruskan kewangan yang baik. Beliau juga turut menyelitkan beberapa perkara yang perlu di lakukan serta yang tidak sepatutnya di lakukan untuk menguruskan kewangan dengan efisien. Buku ini untuk siapa? Sesuai untuk bacaan pelajar lepasan SPM sehingga orang yang sedang bekerja. Mengapa? Kerana adik-adik lepasan ...