Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Nafsu Musuh Yang Dicintai

" arghh.. bodohnya aku! Kenapa aku ikut nafsu.." " aduh.. aku kalah lagi dengan nafsu.." " kenapa aku begini? Teruknya.." Kerana nafsu diri disalahkan.. Begitulah keadaan kita apabila terlanjur melayan kehendak nafsu. Nafsu mengajak, kita melayan. Nafsu memang hebat. Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sanggup kita turuti. Semuanya kerana apa? Kerana nafsu mengajak melakukan sesuatu yang sangat menyeronokkan. Kita suka. Akhirnya, nafsu menjadi musuh yang sangat kita cintai. Bayangkanlah.. keburukan nafsu seperti banyak makan, banyak tidur, banyak cakap, marah-marah, seronok berhibur, bermegah dengan kecantikan, sombong dengan harta kekayaan, gila pujian, rasuah, melihat aurat orang lain, dan lain-lain adalah sesuatu yang memang menjadi kesukaan manusia. Semuanya best-best. Allah 'Azza Wa Jalla juga ada menyebutkan.. زُÙŠِّÙ†َ Ù„ِلنَّاسِ Ø­ُبُّ الشَّÙ‡َÙˆَاتِ Ù…ِÙ†َ النِّسَاء ÙˆَالْبَÙ†ِينَ ÙˆَالْÙ‚َÙ†َاطِيرِ الْÙ…ُÙ‚َنطَرَØ©ِ Ù…ِÙ†َ الذَّÙ‡َب...

Apa balasan sekiranya kita meninggalkan solat?

“Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu”  (Hadis riwayat Attabrani.) Solat merupakan tiang agama kepada semua umat Islam. Mendirikan solat itu telah digariskan sebagai ibadah yang wajib ditunaikan selepas setiap orang itu telah baligh. Perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak ialah tentang SOLAT. Jika SOLAt didapati sempurna dan diterima dengan baik maka segala amal yang lain juga akan diterima dengan kiraan yang mudah. Jika SOLAT itu ditolak atau didapati tidak sempurna maka kiraan bagi amal yang lain juga akan ditolak atau dihisab dengan begitu sukar. Maka bayangkanlah jika ada SOLAT yang ditinggalkan dengan sengaja. Apakah balasan yang akan diterima di akhirat kelak? Sesiapa yang menjaga SOLAT 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu: 1) Masuk syurga tanpa dihisab. 2) Diselam...

Berubahlah Kerana Allah

Dalam kehidupan seharian, pasti kita tidak dapat lari dari perubahan, dalam setiap saat, mesti ada sahaja perubahan yang berlaku pada diri sendiri. Kita perasan atau tidak hanya Allah sahaja yang Maha Tahu. Mungkin juga akan ada kehadiran kawan kawan kita yang perasan perubahan tersebut. "Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya." Namun, adakah kita berubah itu mengikut perubahan semasa ataupun memang kita hendak berubah demi kebaikan bersama? Jelas apa yang kita lihat sekarang, kebanyakan di antara kita, berubah mengikut perubahan semasa. Jika mengikut trend yang  happening  sekarang contohnya k-pop band, ramai di antara kita mula mengikut jejak langkah mereka dengan berpakaian, bergaya, bercakap seperti mereka. Namun adakah perubahan tersebut hanya untuk kepuasan sendiri ataupun untuk mendapat redha Allah semata-mata? Jika kita mengikut konteks peradaban dunia sekarang...

Di Mana DIA Di Hatimu?

Semasa Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka. Ketika Saidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata,  "Jangan takut, ALLAH bersama kita." Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya. Ketika di ambang maut? Sewaktu Da'thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, "Siapakah akan menyelamatkan kamu daripadaku?" Jawab Rasulullah penuh yakin, "ALLAH." Mendengar jawapan itu, gementarlah Da'thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah... sentiasa ada DIA di hati baginda. Ketika tiada siapa mengetahui? Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. "Boleh kau jual...

Kalau Allah Itu Maha Baik, Kenapa Buat Neraka??

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Meayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.  Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis ...

Saya Malu Nak Jadi Baik

"Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan berapa orang lelaki dah. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor," "Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit," "Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bi...