Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Ramai je perempuan yang tak tutup aurat baik. Betul ke?

Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam. "Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, " tegasnya. "Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat... perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat," tambahnya lagi. Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas. "Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?" tanya saya lembut. "Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat." "Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?" jo...

Jadilah seperti seekor burung

Dua sifat penting yang harus ada pada seorang hamba yang bernama mukmin ialah  'khauf' (perasaan takut) dan  'rajaa'  (pengharapan). Sepertimana seekor burung yang terbang tinggi memerlukan dua sayapnya untuk merentasi langit biru, begitulah juga halnya dengan kita. Memerlukan kedua-dua sifat tadi untuk menghadapi hari-hari mendatang yang penuh dengan cabaran dan ujian. Adakalanya,mungkin kita terlupa. Kita terlalu bangga dengan apa yang kita telah capai dan perolehi.Sangkaan kita, dek kerna usaha yang sehabis baik itulah, kita akan memperolehi apa yang dihajati. Kita sebenarnya terlalu 'mengagung-agungkan' usaha kita tadi. Lantas apabila, natijah yang diharapkan tidak seindah yang diimpikan, kita mula lemah,longlai,hampa dan seterusnya berasa putus asa. Lupakah kita? Bilamana Allah sendiri menyebut bahawa sesungguhnya segala yang berlaku terhadap seorang hamba itu adalah mengikut kepada sangkaannya kepada Allah? "Aku adalah sepertimana sangkaan h...